Monday, September 29, 2008

Sepuloh HaRi TerAkhiR RamaDHan

Dalam sepuloh hari terakhir ramadhan ini byak juga aktiviti yg sempat dilakukan..antaranya membantu family berniaga di bazar ramadhan,memang best ar mn tidaknya semua jualan "sold out" taw...hahahaha...kerja aku sebenarnya pada persiapan barang untuk berniaga yg lain2 tu adik dan ayah aku yg buat.My family buat 3 jenis jualan iaitu ayam panggang,satay dan pulut udang or bg org bandar diorg pangil pulut panggang.Di awal ramadhan dlm 10 hari mcm tu buat pulut panggang ngan ayam saja..tp untuk jualan ayam kurang masyuk la..mn tidakny kan ramai yg buat jualan ayam,pastu br tukar strategi or plan B iaitu buat satay plak..syukur alhamdulillah la dgn keikhlasan dan bersunguh-sungguh maka jualan tersebut berhasil boleh dikatakan tiap2 hari habes dijual..untuk pengetahuan semua pulut udang yg mak sy buat tu mmg top la kat kg sampai ada org tanya plak "dik kat mn org jual pulut udang yg sedap tu?" ini betol2 ma x tipu oowww..dan 1 lagi mengenai satay plak..satay ni sedap pada kuahnya ramai gak ar yg beri respon yg mengatakan kuah dan satay sedap.. (kuahnya kena kasi pekat sikit br la masyuk..hahaha)

SATAY


pulut udang or pulut panggang


1ST TIME DLM BLN POSA AKU BERBUKA KAT LUAR..

"AL-kisah tersebut la kisah sang kancil datang beramai-ramai mengadap sultan Firaun...mana Firaun pakai sultan noktah..." heheehe..ingt lagi x dialog ni dlm cita apa ek? hm...haa Pendekar Bujang Lapok..tp bkn itu citanya..ini kisahnya... dalam bulan posa ni mcm biasa la aku bekerja tp ada perubah masa bekerja iaitu mask mcm biasa kul 8 a.m dan time blk awl skit kul 4.30 p.m blk awal 1jam dr biasa hahaha...pada hari tu aku sedang menunggang hensem wa nama spesifiknya "wave s 125" keekee..dlm otw nak blk la tiba2 terdengar 1 bunyian dan gegaran yg biasa aku dengar dan rasa rupa2 nya itu adalah handfon aku la haahaa...lalu aku pown berhenti di bahu jalan dan jawab pangilan fon tu.. ( pemandu berhemah anda mampu mengubahnya) apabila aku dgr suara tu aku rasa mcm penah didgr sblm ni rupa2 nya kwn aku la... ( kwn baek aku ni keja sbagi polis bantuan kat genting setiap kali dia blk kg mesti carik aku dan kwn2 lain tuk berborak mcm ni la yg dinamakn kawan susah senang tetap bersama..) tanpa berbual panjang dia terus mengajak aku dan kwn2 lain tuk berbuka bersama dan dia akan menjeput kat rumah aku nti dan aku pown setuju dgn cadangannya itu..Korang nak taw x kat mn kita org berbuka?.hahaha...biarlah rahsia gitu keekee...kita org berbuka kat kuala perlis ikan bakar ahakz!!..cedap siot pergh!! lalalalaa...



pilih-pilih semuanya segar2..



ikan kerapu masak 3 rasa


sotong goreng tepung,kailan ikan masin dll




laicikang..

Tuesday, September 16, 2008

KerjA Vs HujaN..

16 sept 2008..hujan yg turun bagaikan mutiara itu tandanya langit menangis..ahakz!! itu la terlalu banyak sangat gas-gas yg tercemar telah dilepaskan ke udara tanpa kawalan yg rapi akibatnya kita gak yang merana dapat sakit sana sakit sini mcm2..heehee!! baguih gak hujan turun xla panas sgat..aku sangkakan panas hingga ke petang rupa2nya gerimis mengundang dalam x sedar ku kebasahan..itu la yang terjadi pada diriku harini actually aku nak g kerja ar masa tu,mcm biasa la but for today aku kuar awai skit dari hari biasa. Sebelum aku gerak aku tengok ar dulu langit kat dpn umah aku tu ok ja baek punya..(sambil dok berangan dan dok start enjin comel wa tue..hiks!!) tanpa membuang masa lagi enjin pun dah panas baek punya hahaha..aku pown gerak la ke "Lubuk Yg Ku Chintai.." (tempat kj wa la..)sampai ja kat satu jambatan tue (jambatan ni 10kilo dr umah aku..) aku tgk mendungnya awan (sambil aku toleh ke kawasan tmpat kj wa..)jalan ini la yg aku slalu gunakan untuk ke tmpat kerja bcoz x jem dan x byak trafik light da..
So, aku teruskan jua perjuangan ku tuk ke tmpat kerja..sampai ja dlm 5 kilo tiba2 da..vroomm!! bkan bunyi motor tp hujan yang turun {keekee..} mmg lebat bangat, apa lagi aku cari la tmpat nak berlindung sejenak cari punya carik jmpa la 1 stesyen minyak yg berdekatan kwasan tue {namanya jalan kuala sungai..} aku pown trus park la hensem aku ni dan relexxx kejap da..{sambil2 aku lihat pd keadaan aku, baju,kasut,stokin,seluar dibhagian dpn smuanya dah basah beb!!) aku nak back to home dah dekat ngan ofis aku dah.so tgu la bagi hujan renyai2 skit br leh gerak..semasa aku kat situ ramai gak org yg berteduh awekz2 pown ada sama tp wa x layan ma..wat xtaw ja..hiks!! setelah 45 minit dah berlalu hujan pown dah rintik2 so aku ngan hensem aku ni truskan perjuangan yg terhenti..sebaik sampai ja ofis dah kul 9.00 am.
ada peribahasa mengatakan "sediakan payung sebelum hujan" so kita kena la sentiasa bersedia walau di mana jua kita berada.




Thursday, September 4, 2008

Malam Raya dan Hari Raya

30 oktober 2008....
Hari terakhir didalam bulan puasa pada thn ni.Pada hari ni bagi aku adalah hari yg agak buzy gak bg family aku dengan kerja hariannya iaitu berniaga di bazar ramadhan dan jg persiapan untuk hari raya pd keesokan harinya.Sebelum itu pengumuman telah pown dibuat pd 29 ogos 2008 melalui media elektronik iaitu tv dan di corong2 radio dimana hari raya akan jatuh pd 1hb sept 2008. Biasalah kan pd hari terakhir ni mesti la sibuk skit nak berkemas la apala kan...bg aku plak mmg agak memenatkan yela nak berkemas umah tp nasib baek abg dan family dia blk raya kat umah aku tuk thn ni so ada la org yg menolongnya hehehe..tuk mlm raya ni aku x kuar la cz bg peluang kat abg,adik dan mak aku tuk g shoping plak setelah diorg penat berniaga kat bazar ptg td. SEbenarnya aku pown x beli lgi baju melayu so aku kirim je la kat abg aku tuk belikan tp yg penting kaler pepel cz tema family aku taun ni kaler pepel so kena sama la...kekkee!


Hari Raya

1hb sept 2008...Yahooo!!! raya weii raya!! hehehe...bergemalah takbir disubuh hari memecah sunyi di pagi hening itulah tndany raya dah tiba. Dengan merdu skali aku terdengar takbir dipagi hari telah mengejutkan aku untuk ke surau berdekatan. Sebelum ke surau kami sekeluarga bersalam-salaman dan memaafi antara satu sama lain antara ahli keluargaku..Setelah selsai solat sunat hari raya dan mendengar khutbah dr imam surau aku dan kekwn ku beraya lah bersalam-salaman antara 1 sama lain.Kemudian kami terus ke rumah kwn aku ni dulu setiap kali hr raya mmg umah dia 1st la akan kami kunjungi pastu br la kami braya dr rumah ke rumah kwn2 ku itu la rutin tradisi aku bila tiba hari raya kekeke...

Wednesday, September 3, 2008

Kelebihan Solat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
-Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
-Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
-Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
-Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
-Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
-Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
-Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
-Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
-Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
-Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
-Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
-Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
-Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
-Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
-Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
-Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
-Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
-Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
-Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
-Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
-Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
-Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
-Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
-Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
-Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
-Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
-Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
-Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
-Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
-Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Tuesday, September 2, 2008

Fadhilat Ramadhan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."