Pemergian allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil 69 (1939 - 2008),pada 15 julai 2008 adlah satu kehilangan besar kpd pasukan bola sepak kedah dan juga malaysia..Beliau dikatakan rebah ketika berada di Istana Anak Bukit untuk menghadiri majlis pelancaran stam Jubli Emas pemerintahan Sultan Kedah jam 2.30 petang sebelum dihantar ke hospital..beliau juga sebelum ini penah memegang jawatannaib presidan persatuan bola sepak malaysia ( FAM ) dan pemgurus pasukan bola sepak negeri kedah darul aman. Allahyarham adalah seorang yang tegas dan lantang dalam mengkritik bola sepak negara yang dipimpinoleh anggota FAM, kritikan beliau adalah kritikan yang membina dan sentiasa memberi idea2 yang bernas bagi membangunkan mutu dan kualiti bola sepak negara diperingkat antarabangsa.
Sebagai contoh pasukan negeri Kedah D.A sendiri adalah pasukan yang disegani buat masa sekarang, pada musim 2007 pasukan Kedah telah menjuarai 3 piala iaitu juara Liga Super, piala FA dan piala Malaysia. Pada musim 2007/2008 sudah memenangi 2 piala iaitu juara Liga Super dan piala FA. (2 TAHUN BERTURUT TURUT) Sekarang ini pula piala Malaysia menjadi buruan pasukan Kedah.kebanyakan pemain Kedah adalah di bawah umur 25 tahun...semua ini berlaku adalah hasil daripada usaha beliau dan cuba buktikan kepada FAM.
Bersama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.. 'Al-fatihah'
No comments:
Post a Comment