Sunday, November 23, 2008

ADaKah 1 KeBetulan Atau Ketentuan...

20 Nov 2008...
Hari ini aku kena bagun awal dr hari biasa kerana aku ada ujian memandu motorsikal oleh JPJ di Pusat Memandu Ilmu Baru Sdn Bhd, dimana ujian itu akan dilakukan pada pukul 8.30 untuk hari ini aku ambik cuti 1 hr. Sebenarnya Aku ni susah skit nak bgun pagi hehehe.. yela, waktu pagi kan itu la nikmat tdo yg paling best bg smua org kan?..(tol ker?..ermm.. :P ) tapi aku ni sensetif skit bila time tdo kalau aku terdengar bunyi "sumting" aku terus terjaga..so oleh sebab itu aku set alam loceng yg kuat kat hp aku..kekek!!

Kriiingg..kriiingg...alam hp aku berbunyi da...(wuuaarrgg!!! sambil mengeliatkan badanku yg semangkin malas tuk bgun...) lalu aku bangun dan menyambar tuala yg berwarna biru yg tersidai di daun pintu bilik aku dan terus ke bilik mandi..setelah aku selesai membersih diriku yg malas itu lalu aku mengenakan pakaian yg sesuai tuk ke tmpat itu. Sebelum aku gerak aku warming-up dulu moto wave S 125 aku...Vroomm!!...Vroomm!!..setelah itu aku pekena plak secewan kopi yg telah disediakan oleh ibuku yg sgt aku cintai dan ku sayangi sepenuh hatiku.Semuanya dalam keadaan bersedia aku pown teruskan perjalanku ke destinasi tersebut,tepat jam 8.20 am aku sampai.

Alhamdulillah..semuanya berjalan ngan lancar dan aku lulus dlm ujian itu, dalam ujian itu mmg ramai la yg turut serta klu x silap aku hampir seratus org yg dtg ujian itu..aku melihat jam di tanganku jarum menunjukan sudah pukul 12.oo tghari semuanya dah selesai, dalam fikiranku.. "kemana aku nak pergi ek? skunk awal lagi klu aku blk umah bkn uat aper pown..." so aku gerak ke opis aku..aku lepak kat sana lunch ngan kekawan opis dalm kul 3.30 aku pown gerak nak pulang ke "rumahku syurgaku"...

Dalam perjalan itu di sebuah lampu isyarat simpang empat..semuanya bermula dan berubah situ..aku memberhentikan moto aku di simpang 4 itu kerana lampu isyarat menunjukkan warna merah(anda mampu mengubahnya) sementara aku menunggu lampu hijau menyala aku pown berangan la dulu hhehe..tetiba lampu hijau dah nyala, aku masukan gear pulas minyak tuk trus perjalan dalam masa yang sama hp aku juga berbunyi (semuanya berlaku serentak)...lalu aku pown berhenti di bahu jalan dan menjawab panggilan itu (anda mampu mengubahnya..) "eh..semacm ja no ni?..0133****** line k.l ni (jawab aku perlahan..) aku lantas menjawab panggilan itu dan kami berbual.." rupa2 nya aku telah diterima tuk bekerja di satu agensi kerajaan badan berunifom di putrajaya sebagai technician komputer walaupun sebagai staff kontrak perkara itu telah membuatkan aku gembira kerana dah lama aku menanti peluang mcm ni sbb aku mahu berhijrah..

Alhamdulillah termakbul juga doa2 ku dan juga doa kekwanku selama ini..dalam pernilaian itu aku mengambil kira dr pelbagai sudut,ekonomi,sosial dan sbgainya..klu nak di ikutkan tawaran itu lebih baik dr tmpat aku kerja skunk..dan aku anggapkan peluang yg dtg hnya sekali jadi aku accept tawaran itu sebaiknya...pada 1hb disember 2008 aku lapor diri dan terus kerja kat sana dan aku harapkan sesuatu yg lbh baik dr sebelumnya..walau aku gagal sekali pown sesekurangnya aku dah melakah setapak kehadapan tuk melakukan perubahan.. [tiada siapa yang mampu mengubahnya kecuali diri anda sendiri..fikir-fikirkan lah..kata2 Ahmad Nabil Bin Ahmad "Lu fikir la Sendiri.." hehe..]

No comments: