Sunday, November 23, 2008
ADaKah 1 KeBetulan Atau Ketentuan...
Hari ini aku kena bagun awal dr hari biasa kerana aku ada ujian memandu motorsikal oleh JPJ di Pusat Memandu Ilmu Baru Sdn Bhd, dimana ujian itu akan dilakukan pada pukul 8.30 untuk hari ini aku ambik cuti 1 hr. Sebenarnya Aku ni susah skit nak bgun pagi hehehe.. yela, waktu pagi kan itu la nikmat tdo yg paling best bg smua org kan?..(tol ker?..ermm.. :P ) tapi aku ni sensetif skit bila time tdo kalau aku terdengar bunyi "sumting" aku terus terjaga..so oleh sebab itu aku set alam loceng yg kuat kat hp aku..kekek!!
Kriiingg..kriiingg...alam hp aku berbunyi da...(wuuaarrgg!!! sambil mengeliatkan badanku yg semangkin malas tuk bgun...) lalu aku bangun dan menyambar tuala yg berwarna biru yg tersidai di daun pintu bilik aku dan terus ke bilik mandi..setelah aku selesai membersih diriku yg malas itu lalu aku mengenakan pakaian yg sesuai tuk ke tmpat itu. Sebelum aku gerak aku warming-up dulu moto wave S 125 aku...Vroomm!!...Vroomm!!..setelah itu aku pekena plak secewan kopi yg telah disediakan oleh ibuku yg sgt aku cintai dan ku sayangi sepenuh hatiku.Semuanya dalam keadaan bersedia aku pown teruskan perjalanku ke destinasi tersebut,tepat jam 8.20 am aku sampai.
Alhamdulillah..semuanya berjalan ngan lancar dan aku lulus dlm ujian itu, dalam ujian itu mmg ramai la yg turut serta klu x silap aku hampir seratus org yg dtg ujian itu..aku melihat jam di tanganku jarum menunjukan sudah pukul 12.oo tghari semuanya dah selesai, dalam fikiranku.. "kemana aku nak pergi ek? skunk awal lagi klu aku blk umah bkn uat aper pown..." so aku gerak ke opis aku..aku lepak kat sana lunch ngan kekawan opis dalm kul 3.30 aku pown gerak nak pulang ke "rumahku syurgaku"...
Dalam perjalan itu di sebuah lampu isyarat simpang empat..semuanya bermula dan berubah situ..aku memberhentikan moto aku di simpang 4 itu kerana lampu isyarat menunjukkan warna merah(anda mampu mengubahnya) sementara aku menunggu lampu hijau menyala aku pown berangan la dulu hhehe..tetiba lampu hijau dah nyala, aku masukan gear pulas minyak tuk trus perjalan dalam masa yang sama hp aku juga berbunyi (semuanya berlaku serentak)...lalu aku pown berhenti di bahu jalan dan menjawab panggilan itu (anda mampu mengubahnya..) "eh..semacm ja no ni?..0133****** line k.l ni (jawab aku perlahan..) aku lantas menjawab panggilan itu dan kami berbual.." rupa2 nya aku telah diterima tuk bekerja di satu agensi kerajaan badan berunifom di putrajaya sebagai technician komputer walaupun sebagai staff kontrak perkara itu telah membuatkan aku gembira kerana dah lama aku menanti peluang mcm ni sbb aku mahu berhijrah..
Alhamdulillah termakbul juga doa2 ku dan juga doa kekwanku selama ini..dalam pernilaian itu aku mengambil kira dr pelbagai sudut,ekonomi,sosial dan sbgainya..klu nak di ikutkan tawaran itu lebih baik dr tmpat aku kerja skunk..dan aku anggapkan peluang yg dtg hnya sekali jadi aku accept tawaran itu sebaiknya...pada 1hb disember 2008 aku lapor diri dan terus kerja kat sana dan aku harapkan sesuatu yg lbh baik dr sebelumnya..walau aku gagal sekali pown sesekurangnya aku dah melakah setapak kehadapan tuk melakukan perubahan.. [tiada siapa yang mampu mengubahnya kecuali diri anda sendiri..fikir-fikirkan lah..kata2 Ahmad Nabil Bin Ahmad "Lu fikir la Sendiri.." hehe..]
Wednesday, November 5, 2008
KaKi....KaKiku Jua......
Sebenarnya kaki aku ni x berapa sembuh lagi terseliuh plak masa lwn futsal 2 mggu lepas..mau xmau kena main gak ar cz lepa x cukup org plak mmg slalu aku main ngan team diorg ni..mn leh kan klu org cabar kita lawan yg penting kita kena lawan dulu kalah menang blakang kira..dlm kul 9.30pm kmi pown geraklah ke destinasi yg ditujui..setiba ja disana bilangan pemain yg ada hanya 6 org..(kata aku.. jenuh ar org x cukup ni dah la fitness xbrp ada ni..) dah la tu keeper plak xda sudah la..sapa lakz yg akan jadi keeper ni,dah xda pilihan aku jadi la gol keeper..
Pada 15 minit awal tu ok la diorg skor kami skor kira lwn balas la sampai terikat 4-4..pastu x lingkup jahanam(bahasa kedah ni) apa lagi masing2 dah penat team diorg tu ada fitness dok main slalu teruk la kena blasah aku plak yg jd gol keeper..dlm keadaan tu la ada sorg pemain diorg shot bola bawah la skali aku silap tempis terkena kaki aku yg sakit tue apa lagi kebas abis satu kaki...aku main lagi pastu dah x tahan sgt aku kuar ar ganti org lain plak..hehehe! klu dah minat nak buat mcm mn kan sakit2 pown gatai nak main gak..la ni dah henchot2 p kj baru dia taw... :P
Tuesday, November 4, 2008
JIKA...
Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat pd mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Jangan sesekali kamu melepaskan ia semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan minkin ia akan menderita Selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorng...
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....
Jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan munkin x dapat melupakan selagi dia mengingat.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada tangkungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang......
Sedangkan jika kamu coba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki sesorg, terimalah seadanya.....
Jangan kamu terlalu mengaguminya dan jangan lah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah ia manusia biasa.
Apabila sekali ia melakukan kesilapanbukan mudah untuk kamu menerimanya.....akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya...
Jika kami memiliki sepinggan nasi....yang pasti baek untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, coba cari makanan yg lain........
Tentu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah berjumpa dengan seorg insan...yg membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu.Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, coba bandingkannya dengan yg lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya....dan menyesal sudah tiada gunanya.
Ayam vs Lembu
Lembu : Kenapa kau kata mcm tu?
Ayam : Tengoklah. Apa meraka dah buat kat aku!
Lembu : Hah! buat apa pulok?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadng nakla dapat anak dua tiga ekor,org kata ada juga pewaris bila aku dah xda nanti. Tapi manusia ni mmg x berhati perut,hari-hari makan telur aku mcm mn aku nak dapat anak!
Lembu : Alaah! ko punya masalah kecil ja la..
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, klu difikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pown ada. Bayangkan hari2 manusia minum susu aku tapi xda sorg pown yg penah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (dalam hati : xleh pakai punya lembu.)
Saturday, November 1, 2008
Majlis Akad Nikah..
Pada waktu tue jam menunjukkan pukul 12.30 pm dan kami solat jumaat di masjid semasa dlm perjalanan nak ke rumah mber aku di Pendang yg mengambil masa dlm 40 minit dr umah aku bcoz kmi naik motor so cepat skit sampai hehe..kami tumpang keta mber aku lagi sorg.. Sebelum gerak kami pekena dulu laksa di umah mber aku ni pergh cedap siot..kekeke..dlm kul 3pm kita pown gerak ke destinasi yg ditujui...Kg bakal isteri mber aku kat sungai Acheh berdekatan ngan parit buntar perak tmpat tu mcm sempadan perak penang la..dlm kul 5 br kita org semua sampai kat masjid di kampung tu la..setelah sampai kmi trus solat azar pastu mula la upacara yg dinantikan dengan penuh debaran terumanya mber aku ni la berpeluh juga ar mber aku ni..nasib baek la jurunikah ni pandai uat lawak bkn pa tuk hilangkan gementar tnya pown x byk hnya perkara cukup syarat ja sprti rukun islam,mengucap al-fatihah ada la skit nasihat..
Masa akad nikah tu mber aku hnya skali ja melafazkan akad nikah tue..alhamdulillah akhirnya dah pown selesai..pastu kami ke rumah pompuan tuk mkn jamuan yg telah disediakan pastu trus blk dlm kul 7 juga kita irg gerak..Lum blk mber aku yg dtg skali ngan aku td nak mkn kat tanjung dawai plak so aku ikut ja la..pekena plak ikan siakap buat masak 3 rasa,telur dadar,kailan ikan masin licin beb.. (ok la masakan dia tp kedai kat umah aku lagi cedap leh beza la hehehe..)
Monday, October 27, 2008
WalimatulUrus..
Macam biasa pd mlm kenduri tu kita org lepak2 ar kat umah dia borak2 kosong sambil pekena jamuan yg disediakan..Pada hari kenduri tue plak smua aktiviti spt susun meja,kerusi mangkuk pingan,jag,gelas hidangan dan sbgainya telah siap disediakan..memang ramai gak ar jmputan yg datng ke majlis tu.Dlm kul 2 ptgpengantin pown sampai,mcm ngan pengantin lain gak mereka akan mbuat roadshow ke tmpat2 seperti bhagian air,hidangan mknan,basuh pinggan dll pastu br la menjamu selera dan sesi fotografi.Setelah semuanya selesai hanya tggal brg tuk di perkemaskan shj iaitu nak kena membasuh semua peralatan majlis mcm pingan mangkuk,jug,gelas dll..mmg teruk gak ar mn tidaknya pd awl tue org tua2 smua nak basuh pinggan yg org muda plak jag bhgian air la..
Friday, October 24, 2008
CinTan Or CinTa..
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.
Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .
Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.
Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU" bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.
Kepada yg PATAH HATI
Sakit¦ patah hati¦ bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.
Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.
Kepada yg ingin MENGUASAI
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.
Kepada yg takut MENGAKUI
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.
Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.
*Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye...
Monday, September 29, 2008
Sepuloh HaRi TerAkhiR RamaDHan
SATAY
pulut udang or pulut panggang
1ST TIME DLM BLN POSA AKU BERBUKA KAT LUAR..
"AL-kisah tersebut la kisah sang kancil datang beramai-ramai mengadap sultan Firaun...mana Firaun pakai sultan noktah..." heheehe..ingt lagi x dialog ni dlm cita apa ek? hm...haa Pendekar Bujang Lapok..tp bkn itu citanya..ini kisahnya... dalam bulan posa ni mcm biasa la aku bekerja tp ada perubah masa bekerja iaitu mask mcm biasa kul 8 a.m dan time blk awl skit kul 4.30 p.m blk awal 1jam dr biasa hahaha...pada hari tu aku sedang menunggang hensem wa nama spesifiknya "wave s 125" keekee..dlm otw nak blk la tiba2 terdengar 1 bunyian dan gegaran yg biasa aku dengar dan rasa rupa2 nya itu adalah handfon aku la haahaa...lalu aku pown berhenti di bahu jalan dan jawab pangilan fon tu.. ( pemandu berhemah anda mampu mengubahnya) apabila aku dgr suara tu aku rasa mcm penah didgr sblm ni rupa2 nya kwn aku la... ( kwn baek aku ni keja sbagi polis bantuan kat genting setiap kali dia blk kg mesti carik aku dan kwn2 lain tuk berborak mcm ni la yg dinamakn kawan susah senang tetap bersama..) tanpa berbual panjang dia terus mengajak aku dan kwn2 lain tuk berbuka bersama dan dia akan menjeput kat rumah aku nti dan aku pown setuju dgn cadangannya itu..Korang nak taw x kat mn kita org berbuka?.hahaha...biarlah rahsia gitu keekee...kita org berbuka kat kuala perlis ikan bakar ahakz!!..cedap siot pergh!! lalalalaa...
pilih-pilih semuanya segar2..
ikan kerapu masak 3 rasa
sotong goreng tepung,kailan ikan masin dll
laicikang..
Tuesday, September 16, 2008
KerjA Vs HujaN..
So, aku teruskan jua perjuangan ku tuk ke tmpat kerja..sampai ja dlm 5 kilo tiba2 da..vroomm!! bkan bunyi motor tp hujan yang turun {keekee..} mmg lebat bangat, apa lagi aku cari la tmpat nak berlindung sejenak cari punya carik jmpa la 1 stesyen minyak yg berdekatan kwasan tue {namanya jalan kuala sungai..} aku pown trus park la hensem aku ni dan relexxx kejap da..{sambil2 aku lihat pd keadaan aku, baju,kasut,stokin,seluar dibhagian dpn smuanya dah basah beb!!) aku nak back to home dah dekat ngan ofis aku dah.so tgu la bagi hujan renyai2 skit br leh gerak..semasa aku kat situ ramai gak org yg berteduh awekz2 pown ada sama tp wa x layan ma..wat xtaw ja..hiks!! setelah 45 minit dah berlalu hujan pown dah rintik2 so aku ngan hensem aku ni truskan perjuangan yg terhenti..sebaik sampai ja ofis dah kul 9.00 am.
ada peribahasa mengatakan "sediakan payung sebelum hujan" so kita kena la sentiasa bersedia walau di mana jua kita berada.
Thursday, September 4, 2008
Malam Raya dan Hari Raya
Hari terakhir didalam bulan puasa pada thn ni.Pada hari ni bagi aku adalah hari yg agak buzy gak bg family aku dengan kerja hariannya iaitu berniaga di bazar ramadhan dan jg persiapan untuk hari raya pd keesokan harinya.Sebelum itu pengumuman telah pown dibuat pd 29 ogos 2008 melalui media elektronik iaitu tv dan di corong2 radio dimana hari raya akan jatuh pd 1hb sept 2008. Biasalah kan pd hari terakhir ni mesti la sibuk skit nak berkemas la apala kan...bg aku plak mmg agak memenatkan yela nak berkemas umah tp nasib baek abg dan family dia blk raya kat umah aku tuk thn ni so ada la org yg menolongnya hehehe..tuk mlm raya ni aku x kuar la cz bg peluang kat abg,adik dan mak aku tuk g shoping plak setelah diorg penat berniaga kat bazar ptg td. SEbenarnya aku pown x beli lgi baju melayu so aku kirim je la kat abg aku tuk belikan tp yg penting kaler pepel cz tema family aku taun ni kaler pepel so kena sama la...kekkee!
Hari Raya
1hb sept 2008...Yahooo!!! raya weii raya!! hehehe...bergemalah takbir disubuh hari memecah sunyi di pagi hening itulah tndany raya dah tiba. Dengan merdu skali aku terdengar takbir dipagi hari telah mengejutkan aku untuk ke surau berdekatan. Sebelum ke surau kami sekeluarga bersalam-salaman dan memaafi antara satu sama lain antara ahli keluargaku..Setelah selsai solat sunat hari raya dan mendengar khutbah dr imam surau aku dan kekwn ku beraya lah bersalam-salaman antara 1 sama lain.Kemudian kami terus ke rumah kwn aku ni dulu setiap kali hr raya mmg umah dia 1st la akan kami kunjungi pastu br la kami braya dr rumah ke rumah kwn2 ku itu la rutin tradisi aku bila tiba hari raya kekeke...
Wednesday, September 3, 2008
Kelebihan Solat Tarawih
-Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
-Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
-Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
-Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
-Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
-Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
-Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
-Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
-Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
-Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
-Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
-Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
-Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
-Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
-Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
-Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
-Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
-Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
-Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
-Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
-Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
-Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
-Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
-Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
-Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
-Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
-Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
-Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
-Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
-Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Tuesday, September 2, 2008
Fadhilat Ramadhan
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
Monday, September 1, 2008
Monday, August 25, 2008
Sejarah Tercipta..Double Triple..
Detik sejarah tercipta lagi dalam arena bola sepak negara kita..Sempena bulan keMerdekaan negara kita Malaysia yang ke-51 pada tahun ini. Pada 23hb ogos 2008 pasukan kedah dinobatkan selaku juara piala yang paling berprestij iaitu "Piala Malaysia" selepaskan menupaskan musuh tradisi iaitu selangor dengan kemenangan 3-2 yang berlangsung di bukit jalil. Bukan itu saja sebaliknya pasukan kedah yang diberi nama jolokan "sang kenari" telah berjaya mempertahankan kejuaraan 3 piala iaitu Piala Liga Super, Piala FA, dan Piala Malaysia selama 2 tahun berturut-turut, dimana ia tidak pernah dilakukan oleh mana2 pasukan dalam negara kita dan ini menunjukan 1 perkembangan positif dalam pembangunan bola sepak negara kita yang kian malap. Untuk mencapai kejayaan bkn nya mudah krn ia memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak walau secara langsung ataupun tidak langsung..ini menunjukkan 1 sistem tersusun yg terapkan untuk pembangunan bola sepak negeri kedah telah berjaya dengan menghasilkan bakat2 pemain muda yang berkualiti..untuk pasukan2 lain bersama-samalah kita tingkatkan dari segi yang lbh cekap dan teratur supaya dapat melahirkan lahir pemain2 yg bagus dan berkualiti..secara tidak langsung ia akan menyumbang kepada pembangunan bola sepak negara dan dapat menjadikan pasukan Malaysia yg digeruni di pentas antarabangsa..Malaysia Boleh!!!
skali warna muka rm10
my frenzz.
kedah dah menang piala dah dapt tguu apa lagi blah la..keekee..
piala malaysia,piala F.A dan piala liga super
Sunday, August 10, 2008
kerja-kerja..
Ada 1 hari tu aku n the geng kena p buat networking kat 1 sekolah jenis kebangsaan cina dkat kodiang dlm daerah kubang pasu..nak dijadikan ceritanya,sbnarnya aku dah lama x buat networking ni ada la ingat2 lupa ja, masalahnya ms nak set cable cat 5e dlm rj45 tue yg lain xda hal la..keekeeekeee...so ms dpt arahan tue aku kate leh uat ar kan..pastu bergerak la kmi ke skolah tue smbil dgar HOT.FM (lebih hangat drp biasa..) huhuhuh...
Setibanya kmi kat skolah tu turun ngan mbawa barang2 yg diperlukan, skali tgk mcm org profesional ja dgn tangganya bag tools dll (sambil dok gelak2 btol ka ni..keekeee!..) ngan slambernya kmi trus ke destinasi tu iaitu kat pejabat..tanpa membuang ms kmi trus ja buat kj antaranya ukur jarak,crime cabel dll... (gaya tue ada..hehehe!) dalam keasyikan membuat kj tiba2 ja mata drill bengkok adeh!!.. (kuat juga dinding ni ada mambang kot?..keekeeee!! pelik ni org yg guna drill ni pown besor jg..) tergendala la kj kmi hm..so kmi guna la alternatif lain dgn tidk mgunakan drill tu.. alhamdulillah kj dpt diselesaikan..fuh!!
hahaha!! tol ker ko uat tue..
Caranya mcm ni..tgk sifu buat..keeekeeee!!!
Friday, August 1, 2008
Bulan Kemerdekaan
Mari kita seluruh warga negara
Wednesday, July 16, 2008
Daulat Tuanku...
Hari ini adalah hari paling bersejarah bagi rakyat negeri kedah khusunya dan malaysia amnya. pada hari tersebut acara majlis diraikan secara gilang gemilang dan disaksikan sendiri oleh rakyat jelata negeri kedah darul aman yang melebihi 100,000 orang yg hadir untuk menyaksikan sendiri secara lbh dekat. Mana tidaknya untuk generasi skrg ni kita hanya dpt melihat melalui tv saja iaitu melalui cerita2 bangsawan..
Kemudian baginda diarak pula dengan menaiki Bahtera Diraja yang diberi nama 'Bahtera Emas Berlapis Suasa'. Perarakan baginda juga diiringi oleh gajah dan hulubalang. Oleh yang demikian aku turut berbangga dan bertuah kerana aku adalah salah seorang rakyat negeri kedah.. DAULAT TUANKU!....3X
LOGO TEMA
BAHTERA EMAS LAPIS SUASA
SULTAN DAN SULTANAH KEDAH D.A
ANTARA YANG TURUT HADIR
Hilangnya Seorang Tokoh..
Sebagai contoh pasukan negeri Kedah D.A sendiri adalah pasukan yang disegani buat masa sekarang, pada musim 2007 pasukan Kedah telah menjuarai 3 piala iaitu juara Liga Super, piala FA dan piala Malaysia. Pada musim 2007/2008 sudah memenangi 2 piala iaitu juara Liga Super dan piala FA. (2 TAHUN BERTURUT TURUT) Sekarang ini pula piala Malaysia menjadi buruan pasukan Kedah.kebanyakan pemain Kedah adalah di bawah umur 25 tahun...semua ini berlaku adalah hasil daripada usaha beliau dan cuba buktikan kepada FAM.
Bersama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.. 'Al-fatihah'
Monday, July 14, 2008
mY pHonE
Thursday, July 10, 2008
JAMU SELERA
DEkat kedai nie la ku and the geng lepak klu ari cutie la...hahaa..
slalunya kita lepak lpas solat jumaat,sambil2 tu pekena laksa dan ayaq nenas pergh!! sejuk ja anak renkong aku ni bila kena ayaq nenas tu..laksanya p0wn masyuk ar.. Kedai atau warong ni telah lama beroperasi sudah melebihi 10 thn dah..lama kan?
klu korg datang kedah nak g langkawi leh la singgah cz kdai pak ndak ni ngan jeti ke langkawi kuala kedah juz 5 minit ja...
AYAQ NENAS
MEE ABBAS KUALA KEDAH
SEsiapa yg minat ngan pasembur leh la mai kedai ni..mmg meletop ar..mee,koteaw,bihun goreng dan rebus smuanya ada..kat sini p0wn aku and the geng dok lepak gak cz chef kedai ni kawan kita org 'paklah' namanya.. haahaaa.. waktu operasinya dr kul 5.30 pm smpai kul 1 am.. masakannya adalah turun temurun dari ayah dia dan skunk dia dan adik2 dia plak yg ambik alih, pak dia dok lepak kat umah ja la ni dok layan astro...keeekkee...keeee...
CHEF PAKLAH
ANTARA MASAKKANYA...
PASEMBUR
KOTEAW GORENG
Saturday, June 21, 2008
jaswadi excident..
bertemu lagi kita dalam ruangan blog aku nih...hee..h33..
baru2 ni aku dapat satu berita mengenai kawan kita yang bernama jaswadi or wadi..
ala..muka dia ala2 clark kent gitu,haha..
Dpd sumber yang boleh dipercayai,kwn kita tu telah terlibat dalam satu kemalagan jalan raya di KLATE..lagi p0wn mmg org sana hm..[huahua..] kejadian itu berlaku awal bulan june ni la..
Doktor hospital tu ader masage kat aku yg wadi ni patah paha..dan akan membuat pemedahan dlm bln ni gak,utk memasukan besi bg menyambungkan tulang yg patah tu.. (ini cerita betul bukan COBAAN..) aper2 hal korg leh refer doktor tu or wadi sendri la...
Saturday, June 7, 2008
cErita SengGaL...
Friday, June 6, 2008
Euro 2008
kini dihangatkan pula dengan siri kejohanan Euro 2008 yg akan berlangsung pada 7hb JUNE 2008 di Switzerland dan Austria selaku tuan rumah kejohanan ini.
dalam kejohanan ini kita bleh menyaksikan bintang2 bola sepak seperti Cristiano Ronaldo,deco(portugal), R.V Nistlerooy,Robben,Schijder(belanda),pert cech,Milan Baros(republic cech),T.Henry,Benzima, Viera(francis),Pirlo,Luca Tony,Buffon(italy) dan lain2 lagi..
pasti mengempaq kan anda!!! haha!! apa fvrite team anda? aku ITALY huhu..
jgn lupa saksikan aksi mereka di siaran 'Tv Prima' dan Astro..